集创意与爱国情怀于一体 Malaysia Madani 国文壁报比赛
文:林玮珊副校长
摄影:摄影学会
    我校训导处不定期一年四期的班级壁报制作比赛,而今年的第三期壁报落在8月1日(星期五)进行评分。而此次的壁报主题设为“Malaysia Madani”,各班必须以 国文来制作壁报,且以国语来进行汇报。
    此次壁报比赛,旨在通过创意设计与团队合作,让学生更深入了解“马来西亚全民团结、包容共荣”的理念,并以文字与图像传达他们对国家的热爱与认同。
    训导处在此次壁报比赛与我校国文组一同合作。全校各班级积极参与,无论是主题构思、资料搜集、文案撰写到美术设计,各班都展现出高度的投入与团队精神。壁报内容不仅涵盖 Malaysia Madani 六大核心价值——可持续性、繁荣、创新、尊严、尊重与信任,还融入了学生对国家未来发展的想象与祝愿。
    评审团表示,作品普遍兼具美感与深度,充分体现学生对时事与社会价值的关注。部分作品巧妙运用传统与现代元素结合,既展现本土文化特色,也反映青年一代的创新思维。
    此次比赛不仅提升了学生的国文表达能力与艺术素养,更在创作过程中潜移默化地培养他们的爱国精神与社会责任感。
Laporan Pertandingan Papan Buletin Kelas Penggal 3 “Malaysia MADANI” 2025
Disediakan oleh: Cikgu Teh Yen Peng
    Bahagian Disiplin Pelajar Sekolah Menengah Chung Hua (PSDN) Klang dengan Kerjasama kumpulan Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan menghias papan buletin kelas.
    Pertandingan ini diadakan sempena sambutan hari kebangsaan pada tahun ini. Setiap kelas wajib menyertai pertandingan ini yang bertemakan Malaysia Madani. Setiap kelas telah diberikan masa untuk menghias papan buletin kelas mereka sehingga 1 Ogos 2025. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perpaduan, kesejahteraan, dan pembangunan negara. Selain itu, patriotisme dalam kalangan pelajar dan guru dapat disemai melalui pertandingan ini. Di samping itu, kreativiti penyediaan bahan pameran yang menarik dan informatif dalam kalangan pelajar turut digalakkan. Tambahan pula, papan buletin dijadikan sebagai medium pendidikan yang memupuk nilai murni selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Seterusnya, pertandingan ini bertujuan untuk mengindahkan persekitaran pembelajaran dan meningkatkan kecekapan bahasa pelajar.
    Pada 1 Ogos 2025, setiap papan buletin kelas telah dinilai mengikut kategori iaitu kelas Kumpulan A (Intervensi dan Junior 1), Kumpulan B (Junior 2 dan Junior 3), dan Kumpulan C (Senior 1, Senior 2 dan Senior 3). Setiap kelas perlu menghantar wakil untuk membentangkan isi papan buletin kelas masing-masing. Seramai 10 orang pengadil dalam kalangan guru Bahasa Melayu telah dipilih untuk menilai papan buletin kelas. Guru bertugas yang mengadili pertandingan berpendapat bahawa setiap kelas menunjukkan minat dan usaha semasa menghias papan buletin.
    Pelajar-pelajar telah menunjukkan semangat kesungguhan dalam menyiapkan papan buletin yang cantik dan menarik. Penilaian setiap papan buletin kelas pada hari tersebut juga berjalan dengan lancar atas kerjasama guru-guru bahasa Melayu dan bahagian disiplin. Lima buah kelas telah dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori. Pemenang dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh pengadil. Keputusan hiasan papan buletin telah diumumkan melalui laman google classroom sekolah. Pihak sekolah berharap agar setiap murid memperoleh manfaat dan pengalaman daripada pertandingan ini serta dapat lebih memahami negara kita sendiri.