Kumpulan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hua (PSDN) Klang telah menganjurkan satu pertandingan berpidato 2026. Pertandingan Berpidato terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A bagi Senior Dua dan Senior Tiga, kumpulan B pula bagi Junior Tiga dan Senior Satu manakala kumpulan C pula bagi Junior Satu dan Junior Dua. Pertandingan ini diadakan selama dua hari iaitu pada 9 April 2026 bagi kumpulan C. Manakala bagi kumpulan A dan B pula pada 16 April 2026. Pertandingan Berpidato ini dijalankan selama 90 minit bagi setiap sesi iaitu dari 1.30 tengah hari hingga 3.00 petang.
    Tujuan pertandingan berpidato ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, pertandingan berpidato ini juga dapat mengukuhkan tahap penguasaan pelajar terhadap Bahasa Melayu serta mencungkil bakat terpendam para pelajar.
    Para peserta telah menyampaikan pidato mereka dengan penuh bersemangat. Persaingan sengit antara peserta telah memeningkan kepala para pengadil untuk memilih para pemenang. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan antara pengadil, pemenang bagi ketiga-tiga kumpulan telah dipilih dan ditetapkan.
Senarai nama pemenang adalah seperti berikut:
    Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Akhir sekali, kami mengambil gambar bersama-sama setelah pertandingan berpidato berakhir. Moga-moga tahun hadapan kami berpeluang untuk mengadakan pertandingan berpidato lagi.