Kumpulan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hua (PSDN) Klang telah menganjurkan permainan Pickleball 2025 pada 22 Mei 2025. Permainan Pickleball ini dijalankan selama 120 minit iaitu dari 1.25 tengah hari hingga 2.50 petang. Tempat permainan Pickleball ini diadakan di dewan sekolah.
    Tujuan permainan Pickleball ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat guru dalam bermain Pickleball. Selain itu, permainan Pickleball ini diharapkan dapat memupuk hobi bersukan para guru. Di samping itu, nilai kerjasama antara guru juga dapat dipupuk melalui permainan ini.
    Permainan ini dimulakan dengan memanaskan badan. Para guru diminta memanaskan badan sebelum memulakan permainan Pickleball. Jurulatih Pickleball iaitu Cikgu Yeoh Zu Hui memberikan taklimat dan penerangan tentang peraturan bermain Pickleball. Selepas penerangan tersebut, para guru mula bermain Pickleball.
    Para guru bermain dengan gembira dan berasa seronok bermain Pickleball. Selepas itu, penyampaian cenderahati kepada jurulatih diadakan sebagai tanda penghargaan kepada beliau. Sebelum kami bersurai, kami mengambil ganbar bersama-sama sebagai kenangan manis. Moga-moga tahun hadapan kami berpeluang untuk mengadakan permainan Pickleball lagi.