Pertandingan Berpidato 2024

    Kumpulan Bahasa Melayu Sekolah Menengah (PSDN) Klang telah menganjurkan pertandingan berpidato 2024. Pertandingan Berpidato terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A bagi INT dan Junior Satu, kumpulan B pula bagi Junior Dua dan Junior Tiga, manakala kumpulan C bagi pelajar Senior Satu hingga Senior Tiga. Kumpulan C diadakan pada 18 April 2023, manakala kumpulan A dan kumpulan B pula diadakan pada 25 April 2023. Pertandingan Berpidato ini masing-masing diadakan selama 90 minit iaitu dari pukul 1.20 tengah hari hingga 2.50 petang.

    Tujuan pertandingan berpidato ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, pertandingan berpidato ini juga dapat mengukuhkan tahap penguasaan pelajar terhadap Bahasa Melayu dan mencungkil bakat terpendam pelajar.

    Bagi pertandingan berpidato kumpulan C, Cikgu Hasni merupakan pengacara manakala para pengadil pula terdiri daripada Cikgu Razila, Cikgu Wan dan Cikgu Ang. Bagi pertandingan berpidato kumpulan A dan kumpulan B pula, Cikgu Norli merupakan pengacara manakala para pengadil terdiri daripada Cikgu Phan, Cikgu Sze dan Cikgu Thee. Cikgu Lee merupakan penjaga masa bagi ketiga-tiga kumpulan.

    Pelajar-pelajar menyampaikan syarahan mereka dengan penuh bersemangat. Persaingan sengit antara pelajar telah memeningkan kepala para pengadil untuk memilih pemenang. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan antara pengadil, pemenang bagi ketiga-tiga kumpulan telah dipilih dan ditetapkan.

2024-Pertandingan-Berpidato0

    Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Akhirnya, kami mengambil gambar bersama-sama sebelum pertandingan berpidato berakhir. Moga-moga tahun depan kami berpeluang untuk mengadakan pertandingan berpidato lagi.

2024-Pertandingan-Berpidato1