Laporan disediakan oleh: Cikgu Lee
    Pada semester pertama tahun 2026, Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan satu aktiviti Penyampaian
Berita Bahasa Melayu bagi pelajar kelas S3ST. Aktiviti ini dijalankan sebagai salah satu penilaian untuk
memenuhi kehendak Ujian Lisan Bahasa Melayu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur,
sebutan, intonasi serta keyakinan diri pelajar semasa menyampaikan maklumat di hadapan khalayak. Dalam
aktiviti ini, setiap pelajar dikehendaki menyampaikan dua jenis berita, iaitu satu berita dalam negara dan satu
berita luar negara melalui rakaman video masing-masing. Tugasan ini bertujuan untuk melatih pelajar agar lebih
peka terhadap isu semasa di samping memperkukuh penguasaan bahasa Melayu dalam situasi komunikasi formal.
    Sepanjang tempoh sebulan yang diberikan untuk membuat persediaan, para pelajar telah menunjukkan
komitmen dan kesungguhan yang tinggi serta menyampaikan berita dengan gaya yang tersusun dan menarik.
Pelajar-pelajar juga berpeluang mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu yang baku dan gramatis semasa
menyampaikan berita tersebut.
    Hasil daripada penilaian yang dijalankan, dua orang pelajar, iaitu Shim Huan Boon dan Fam Chi Xun
telah dipilih sebagai penyampai berita terbaik. Mereka berjaya menyampaikan berita dengan lancar, jelas serta
penuh keyakinan. Persembahan mereka turut mendapat pujian daripada guru-guru dan rakan-rakan.
    Bagi menghargai usaha dan pencapaian mereka, rakaman video tersebut ditayangkan di kawasan umum
sekolah sebagai bahan pembelajaran dan rujukan kepada pelajar-pelajar lain. Langkah ini diharap dapat
memberikan inspirasi serta galakan kepada para pelajar untuk terus meningkatkan kemahiran komunikasi dalam
bahasa Melayu.
    Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah mendapat sambutan dan maklum balas yang amat positif daripada
warga sekolah. Panitia Bahasa Melayu berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan
demi melahirkan pelajar yang berani, berketerampilan dan fasih berbahasa Melayu.