Kumpulan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hua (PSDN) Klang telah menganjurkan satu pertandingan berpidato 2025. Pertandingan Berpidato terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A bagi Junior Satu dan Junior Dua, kumpulan B pula bagi Junior Tiga dan Senior Satu manakala kumpulan C pula bagi Senior Dua dan Senior Tiga. Pertandingan ini diadakan selama dua hari iaitu pada 6 Mac 2025 bagi kumpulan C dan hanya Senior 1 dalam kumpulan B. Manakala Junior Tiga telah bergabung dengan kumpulan A iaitu pada 13 Mac 2025 disebabkan oleh kekangan masa. Pertandingan Berpidato ini dijalankan selama 90 minit bagi setiap sesi iaitu dari 1.25 tengah hari hingga 2.50 petang.
    Tujuan pertandingan berpidato ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, pertandingan berpidato ini juga dapat mengukuhkan tahap penguasaan pelajar terhadap Bahasa Melayu serta mencungkil bakat terpendam pelajar.
    Para peserta telah menyampaikan pidato mereka dengan penuh bersemangat. Persaingan sengit antara peserta telah memeningkan kepala para pengadil untuk memilih pemenang. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan antara pengadil, pemenang bagi ketiga-tiga kumpulan telah dipilih dan ditetapkan.
    Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Akhirnya, kami mengambil gambar bersama-sama sebelum pertandingan berpidato berakhir. Moga-moga tahun hadapan kami berpeluang untuk mengadakan pertandingan berpidato lagi.