Rakaman Ujian Lisan bagi pelajar senior–Tahun ini, pelajar senior diwajibkan membuat siaran berita untuk memenuhi permintaan ujian lisan dalam talian. Daripada pemilihan berita, rakaman berita sehingga penyuntingan video, semua dilakukan oleh pelajar sendiri. Sebahagian pelajar menunjukkan daya kreativiti masing-masing seperti menyelitkan jurubahasa isyarat, pautan berita dalam talian dan sebagainya.