Pameran Warisan Budaya Masyarakat Melayu

Warisan Budaya Masyarakat Melayu

KLANG 2 Nov. Sekolah Menengah Chung Hua Klang mengadakan Warisan Budaya Masyarakat Melayu pada pagi tadi. Tujuan kumpulan Bahasa Malaysia menganjurkan pameran warisan Budaya Masyarakat Melayu adalah hendak meningkatkan integrasi antara kaum, di samping memupuk minat pelajar terhadap Bahasa Malaysia.

Dalam Majlis Perasmian, Pengetua Puan Loo Lee Yoong berucapkan tentang kepentingan untuk murid-murid mengenali kebudayaan Masyarakat Melayu. Sesungguhnya, bukan mudah bagi masyarakat Orang Cina berjinak-jinak dengan warisan budaya orang Melayu. Melalui pameran budaya ini, diharapkan anak murid kita dapat belajar dan melihat dengan lebih dekat tentang budaya orang Melayu.

Pengetua menambahkan ucapannya, katanya tidak dapat kita nafikan bahawa remaja pada zaman sekarang telah ditenggelami oleh permainan yang terdapat dalam telefon pintar. Permainan tradisional ini dapat dihidupkan dan terus wujud dalam minda dan hati anak murid kita.

Dalam Majlis Perasmian Warisan Budaya Masyarakat Melayu, Kolej Islam Sultan Alam Syah mempersembahkan Gamelan dan Seni Silat Melayu secara bertenaga dan menarik.

Tetamu yang telah dijemput ialah Tuan Penolong Kanan Pertadbiran Kolej Islam Sultan Alam Syah, iaitu Tuan Haji Nordin bin Tohir, Encik Naim Jabatan Kebudayaan Negeri Selangor, Jemaah Pengelola, Encik Tan Yen Hooi, Encik Ng Kok Eng, Pengerusi PIBG Puan Ang Ling Ling dan wakil Persatuan Alumni Encik Eu Chong Hui.

 

 

IMG_9011_1.jpg

 

IMG_9007.jpg

 

 

 

IMG_8916.jpg

 

 

CHK_5122.jpg

 

 

 

CHK_5051.jpg

 

IMG_9002.jpg

 

 

CHK_4870.jpg